Monday, September 7, 2009

Dajjal Akan Muncul Atau Sudah Muncul?


Dewasa ini, sejak 1990-an yakni sejak Muhammad Isa Dawud menerbitkan buku bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda,” semakin banyak pula buku-buku berkaitannya meneroka pasaran negara-negara Islam.

Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah;

* Dajjal akan muncul …
* Dajjal sudah muncul …

Kami mentafsirkan kedua-dua klausa ini sebagai sebuah teori khusus untuk mentafsirkan mengenai keberadaan Dajjal. Jadi, mana satukah yang tepat?

Sebagai blog yang mengkhusus mengkaji konspirasi Dajjal laknatullah dan isu-isu akhir zaman yang lain, kami ingin menyatakan bahawa kedua-dua teori di atas adalah tepat mengikut kaedah pendirian masing-masing.

Kedua-dua teori tersebut didokong oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang kewujudan Dajjal serta sifat-sifatnya. Setiap penulis itu pula membentang dengan fakta-fakta yang tersendiri dan berlegar-legar atas kemampuan ilmu masing-masing.

Teori Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda yang dibawa Muhammad Isa Dawud ada logik dan kukuh dari segi hujahnya. Muhammad Isa Dawud menerbitkan teori tersebut berasaskan fakta-fakta dari Al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan manuskrip-manuskrip yang dijumpai.

Manakala pembentang teori Dajjal telah muncul atau sudah muncul dari khurasan pula berdiri kukuh di atas fakta-fakta hadith sahih dan suasana isu-isu semasa.

Teori Dajjal Akan Muncul dari Segitiga Bermuda

Teori yang diperkenalkan oleh Muhammad Isa Dawud merangkumi dua teori mikro di bawahnya. Di dalam bukunya yang terkenal itu, beliau mengemukakan dua teori dalam satu tajuk. Teori pertama ialah Dajjal akan muncul dan teori kedua ialah Dajjal berada di Segitiga Bermuda.

Maksud Dajjal akan muncul sepanjang pengkajian kami terhadap karangan Muhammad Isa Dawud ialah Dajjal itu sudah sedia ada sejak ribuan tahun dahulu, berumur panjang, tidak mati dan sedang bersembunyi di tempat yang misteri iaitu Segitiga Bermuda.

Jika dibaca penulisan Muhammad Isa Dawud dan hujah-hujahnya, kita akan melihat bahawa Muhammad Isa Dawud mempercayai bahawa Dajjal bukan terkurung di sebuah pulau sekarang ini. Muhammad Isa Dawud percaya kurungan dan rantai besi yang membelit Dajjal sudah lebur dan Dajjal sudah terlepas bercampur-baur dengan masyarakat.

Teori Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan

Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah adaptasi dari hadith nabi yang berbunyi;

“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.”

(Riwayat Tirmizi dan Hakim)

Teori yang yang dibawa oleh penulisnya iaitu Abu Fatiah Al-Adnani menerima sambutan yang hebat khususnya di Indonesia. Ianya diterbitkan oleh penerbit masyur dari Indonesia iaitu Granada Mediatama.

Teori yang dibawa oleh penulis ini juga seperti Muhammad Isa Dawud, tajuknya terkandung dua teori utama iaitu Dajjal telah pun muncul dan Dajjal itu ada di Khurasan. Kupasan ilmu dari penulis ini juga hebat dan boleh dijadikan rujukan untuk menambah pengetahuan.

Kesimpulan

Kami berpendapat kedua-dua penulis ini bersetuju Dajjal adalah manusia yang bukan bersifat kelahiran semula. Ia membesar dari kecil seperti kebanyakan orang. Dajjal juga sudah sedia wujud sejak ribuan tahun dahulu dengan umur yang panjang.

Cuma yang membezakan kedua-dua teori dari Muhammad Isa Dawud dan Abu Fatiah Al-Adnani ialah kedua-duanya mempunyai pandangan peribadi tentang tempat tinggal Dajjal. Isa Dawud mempercayai Dajjal sekarang ada di Segitiga Bermuda dan Abu Fatiah percaya Dajjal berada di Khurasan.

Asal usul dajal

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di MadinahAlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu ia akhirnya ditangkap oleh Nabi Sulaiman dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim).

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya:

Seorang yg kelihatannya masih muda, Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan, Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun. Dan tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan
kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang.

Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi
terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki
lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu.

Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu
sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini!

Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah? ”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg
kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya:

Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Dajal -The Arrival

Illuminati telah ditubuhkan pada 1774 di perancis oleh adam weishaupt yg merupakan seorg profesor di universiti Ingoldstald.. perkataan illuminati dinisbahkan kpd salah satu drpd kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan illuminati yang dianggotai oleh oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi... manakala di dalam bahs Arab pula illuminati bermaksud al-Nuraniyin.... nama illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pd hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini...

pusat pentadbirannya ialah di segitiga bermuda yg menjadi tmpt tinggal Dajjal laknatullah...Lmbng pertubuhan ini ialah apa yg terdapat pada duit 1 dolar US... lmbang yg ade pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi... sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota freemasonry dari pergerakan illuminati yg bernama pat robertson.


Pertubuhan ini tlh mendpt sokongan drpd rotschild yg merupakan gedung kewangan yg dikuasai oleh yahudi... perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang beerti “Pemegang Cahaya”... beliau membuat helah bhw dunia ini ptot diperintah oleh orang yg benar2 berwibawa sahaja, maka beliau tlh berjaya memujuk lebih kurang dua ribu org untuk menjadi pelaksana kepada agenda yg dirancang olehnya dgn disokong anggota feemasonry peringkat tinggi.... pengikut2 ini mmg berkemahiran dlm semua aspek kehidupan tlh membina markas2 sulit di seluruh dunia yg diberi nama sbgai “Lodges of The Grand Orient” untk melaksanakan apa yg tlh dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/ Zionisme)....

berikut merupakn matlamat illuminati scr umumnya yg perlu mereka capai mengikut agenda yg telah dirancang:
1. menghapuskan semua kerajaan2 kebangsaan yg berpelembagaan...
2. menghapuskan sistem warisan harta pusaka...
3. menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian...
4. Menghapuskan semangat nasionalisme...
5. menghapuskan rumahtangga sebagai hak org perseorangan dan kehidupan berkeluarga krn ia merupakan permulaan kpd ketamadunan manusia...
6. apa yg plg penting ialah menghapuskan semua agama yg sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dpt dipaksa menganut ideologi internasionalisme......

“The Great Seal” menjadi salah satu lambang negara Amerika pada 20 Jun 1782...
The Great Seal penuh dengan makna-makna tersembunyi... Fakta-fakta disebalik misteri simbol Mason, The Great Seal, antaranya ialah...


Pada bahagian atas sekali, ada 13 bintang dan membentuk star of david atau seal of solomon... Heksagram ini adalah azimat yang digunakan oleh
kaum pagan untuk membangkitkan/menyeru syaitan..

- Pada ranting pohon zaitun, daun berjumlah 13....

- Pada cakar kanan, anak panah berjumlah 13...

- Pada perkataan, “E Pluribus Unum”, huruf-hurufnya berjumlah 13...

- Pada sisi atas helang, terdapat bintang yang berjumlah 13...

- Pada sayap kanan, bulu berjumlah 32 yang melambangkan tingkat 32 dalam
darjat Freemason Scottish Rite, belah kiri pulak ade 33 melambangkan
tingkat dalam darjah Freemasonry...

- Pada perkataan Annuit Coeptis, huruf-hurufnya berjumlah 13..

- Bulu ekor burung helang ni ade 9, melambangkan tingkat darjat Freemason kt New York..

Helang itu sendiri merupakan ikon Freemason yang telah digunakan secara luas oleh Scottish Rite.......



Untuk menjayakan projeknya iaitu New World Order, Dajal memerlukan satu medium untuk melekakan manusia.. Medium itu adalah hiburan... Sepertimana yang kita semua lihat pada hari ini industri hiburan berkembang pesat dan telah banyak mempengaruhi muda-mudi di seluruh dunia termasuklah di Malaysia ini... Dari segi berpakaian, cuba kita lihat muda-mudi zaman sekarang terutama
perempuan.. Bukak tudung, pakai ketat².. Bertepatan lah dengan prinsip

New World Order- Lupakan akhirat, lebihkan dunia...

Ok, tadi just mukadimah.. Apa yang aku nak bagitau kali ini adalah
berkenaan artis² Illuminati... Kebanyakan artis² Hollywood adalah artis Illuminati... Cuma kita je yang tak perasan.. Ini adalah salah satu rancangan dajal untuk 'brainwash' kita... Mesej² dalam lagu tu ada maksud tersembunyi... aku akan terangkan balik pasal tu nanti.... ok, ni gambar2 artis Illuminati....

Madonna


Jaz-Z


Kanye West

Ini hanya sebahagian contoh² artis Illuminati.. Bukan hanya di Hollywood tetapi di seluruh dunia... bukan semua artis adalah artis Illuminati..Ade artis yang menentang Illuminati, contoh terbaik Bob Marley.. Beliau adalah artis yang menentang Illuminati melalui lirik lagunya.. Tetapi beliau akhirmya mati dibunuh oleh agen2 dajal... Selain itui, mereka akan dijatuhkan reputasi dan akhirnya dibunuh seperti Micheal Jackson. Ini kerana mereka membawa mesej Peace Love Harmony melalui lagu-lagu mereka yang bertentangan dengan agenda konco-konco dajal yang ingin sebaliknya.

Al-fatihah to our hero, Mikaeel




Bob Marley


Kebangkitan Amerika dari tidur lena


Bukan, kita di Malaysia saja yang mengkaji konspirasi ini, ramai rakan-rakan kita dari negara-negara lain juga menyelidik serta meneliti perkara yang berlaku pada sekeliling kerana merasakan ada "sesuatu yang tak kena", termasuk juga Amerika. Sesetengah orang kita cukup bencikan Amerika, kerana mereka percaya bahawa Amerika pencetus kepada keganasan, tapi kami akan beritahu anda bahawa, kami akan tolong mereka, walaupun mereka bukan saudara kita, kerana mereka hanya digunakan sebagai bahan mentah, DAN ada dalang besar di sebalik mereka. Jika dapat disedarkan, sedarkanlah semua manusia ini, jangan bersifat Asabiyah hanya menyedarkan kaum kita saja, kita biar kaum lain hanyut. Tak kira, apa warna kulit, apa agama, mereka perlu di bangunkan. Kita tidak mahu mereka terus dibuai lena. Apabila mereka sedar dan "mula" mencari kebenaran secara tidak langsung mereka akan semakin hampir dengan Islam.
Sejak berlakunya peristiwa 9-11, ia merupakan tarikh pencetus kepada rakyat Amerika untuk mengkaji peristiwa aneh yang berlaku di sekitar mereka. Kebanyakkan mereka juga telah menyedari bahawa mereka ditipu hidup-hidup melalui peristiwa itu. Lihat hari ini semakin ramai rakyat Amerika menganut Islam setelah mengkaji peristiwa penting tersebut serta konspirasi-konspirasi yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Orang Amerika juga sudah "mula" sedar betapa mereka dipergunakan oleh Dajjal. Disebabkan itu hari ini lahirlah orang-orang yang mempunyai "high curiosity" untuk mengkaji sejarah dan konspirasi antarabangsa seperti David Icke, Mike Hanson dan Alex Jones. Demi untuk mengkaji pelbagai konspirasi yang berlaku, mereka telah mengeluarkan pelbagai hipotesis berkaitan dengan Dajjal. Macam-macam teori mereka kemukakan berdasarkan kertas siasatan mereka, seperti Obama, George Bush dan Pope John Paul II sebagai Anti Christ, David Rockefeller sebagai Dajjal sebab menguasai 50% harta seluruh dunia, dan pengaruh politik yang kuat.

Terdapat juga penyelidik popular seperti Canadian Prof David Livingston, menganut Islam selepas membuat penyelidikan berkaitan konspirasi dunia. Sebenarnya mengkaji konspirasi dunia ini menyebabkan kita semakin dekat dengan Al-Quran dan Sunnah. Kerana Al-Quran dan Sunnah ialah 2 rujukan yang ditinggalkan oleh Rasulullah, sesiapa berpandukan 2 ini tidak akan sesat! Sebab itu zaman dahulu, Mak dan Ayah atau Atok Nenek kita berpesan supaya kita mengaji Al-Quran, bukan setakat membaca Al-Quran. Begitu penting nya mengaji Al-Quran, kerana segala macam ilmu semua ada di dalamnya. Hanya yang mengaji akan ketahui rahsia di sebaliknya. Dajjal yang hebat dalam konspirasi ini telah lama mengkaji Al-Quran, walaupun mereka kata mereka tidak percaya, tapi tetap mereka mengkajinya. Sebenarnya mereka telah tahu cara hidup yang betul, pelbagai teknologi juga mereka peroleh hasil dari kajian mereka terhadap Al-Quran.

Sebagai contoh penulis seperti I. D. Campbell , telah menghasilkan karya membongkar teori-teori kristian seperti There is No Trinity, Islam is the truth dan sebagainya.

Semakin hari semakin ramai American bangkit dari tidur, pada pemerhatian kami, tidak lama lagi, Dajjal tidak akan menggunakan Amerika sebagai proksi kuasa. Dajjal akan terus menggunakan Israel. Di awal-awal dahulu, Dajjal menggunakan British sebagai proksi (menyorok di belakang British), hari ini Amerika, dan sekiranya Amerika telah bangun, dijangkakan Dajjal akan menggunakan Israel. Lihatlah hari ini, apa saja yang berlaku di dunia, akan menguntungkan Israel, tak kira apa pun, seolah-olah ia pusat pengumpulan kuasa, dan kemungkinan tentera dajjal.
Jika anda telah membuat kajian tentang illuminati dan freemason, kami sarankan untuk anda pergi tengok wayang untuk lihat unsur-unsur illuminati berada di wayang. Anda akan dapat kesan. Sebagai contoh angel vs demon (terang-terangan), Alien vs Monster dan Drag me to hell. Tujuan kami memberitahu anda perkara ini, ialah untuk menjadi kan anda lebih peka dengan sekeliling, dan mengetahui bahawa unsur-unsur mereka juga ada dalam kehidupan kita tanpa kita sedar.


Bagaimana Yahudi Laknat membentuk negara haram Israel?? Semuanya sudah dirancang oleh The Hidden Hand/ Dajal/ The False Messiah/ Anti-Christ... Di bawah adalah kronologi bagaimana negara haram ini ditubuhkan...

Dajal memerlukan One World Government untuk mengawal seluruh dunia ini.... Dia telah melakukan suatu perancangan rapi untuk menubuhkan negara Yahudi Israel melalui kaedah2 perundangan antarabangsa dan sekiranya tidak berjaya kaedah paksaan digunakan...melalui pergerakan Illuminati yang majoriti ahli-ahlinya berkelulusn undang2, Dajjal merancang bahawa negara Yahudi perlu ditubuhkan melalui suatu gerakan NGO yang kuat yang dapat mempengaruhi ahli2 politik dunia... Maka keputusan yang dibuat ialah menubuhkan pertubuhan Zionis... Pertubuhan ini berfungsi sebagai agen penggerak utama dalam menubuhkan negara Israel dan akhirnya bertindak sebagai pemerintah negara tersebut... Oleh itu seseorang perlu dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja2 ini....
Sejarah pertubuhan Zionist Antarabangsa....

Pertubuhan Zionist diasaskan oleh seorang bekas peguam yang berbangsa Yahudi iaitu Theodor Herzl.... Herzl dilahirkn di Budapest, Hungary....dia menerima ijazah dalam perundangn tetapi memilih untuk menceburi bidang penulisan...


Menurut suatu sumber, pada 1891 semasa Herzl berumur 31 tahun, dia telahberhijrah ke Paris sebagai tetamu undangan bagi persidangan akhbar Vienna Neue Presse....dia menganggap peningkatan sikap anti-sematik (anti yahudi) timbul kerana fahaman dan sikap orang yahudi sendiri yang tidak mahu berubah.... (Sumber ini mungkin rekaan sahaja untuk menutup cerita bahawa Herzl sebenarnya sedang diarah “seseorang” bukannya suka2 pergi Paris)Semasa di Paris, dia menyaksikn sikap anti-sematik yang menebal di Perancis semasa cuba membela Dreyfus yang cuba menyatakan kesaksian bagi kes penindasan Yahudi... Bila Herzl meninjau kelibat Alfred Dreyfus, dia terdengar suara sumbang dari para hadirin mengatakan “Death to the Jews!, death to the Jews!“. Dreyfus ialah seorg Yahudi sejati serta berpangkat besar dalam ketenteraan negara Perancis....



Namun begitu, orang Perancis sangat maju, berbudaya di dunia...sifat anti-sematik mereka susah utuk dihakis... Herzl berasa kurang senang dan menyimpulkan bahawa penyelesaian terhadap sifat anti-sematik ialah menempatkan semula mereka (minoriti Yahudi) di tanah bumi asal mereka iaitu Palestin...anti-Sematik akan pudar, dia percaya, hanya bila Yahudi mempunyai negara mereka sendiri...daripada tu, Herzl menubuhkan gerakan politik Zionist....selepas berjumpa Dreyfus, Herzl telah menggunakan sepenuh masa hidupnya untuk mencapai matlamatnya iaitu membina sebuah Negara Yahudi merdeka....dia mula membuat risalah (brochure) dan mengedarkan risalah² berikut dikalangan Yahudi Eropah...risalahnya itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Yahudi Eropah dari pelbagai negara....


Pada tahun 1897, kongres pertama Dunia Zionist telah diadakan di Bassel,
Switzerland...Ia merupakan kali pertama org2 Yahudi seluruh dunia berjumpa untuk membincangkan agenda politik...bahasa perantaraan yang digunakan dalam kongress tersebut ialah bahasa Jerman.... mereka sedar bahawa organisasi politik perlu dibentuk untuk mencari negara baru... kongress sebulat suara mengundi Herzl sebagai Presiden organisasi.. mereka mula menetapkn tarikh akhir, menetapkan corak bendera, dan bersetuju membuat perjumpaan setahun sekali... pada pejumpaan pertama tersebut, Herzl telah berucap dgn mengatakan “Jika kamu semua berkehendak, maka ia bukan lagi fantasi”.......

Kongres Zionis Pertama..



Hasrat Herzl menubuhkan negara Yahudi iaitu Israel didorong oleh arahan dari pemimpinnya dalam pergerakn Illuminati...cara Herzl bekerja adalah luar biasa... dia tidak lagi menghiraukan akan kerjayanya dan keluarganya, malah yang lebih aneh ialah ia tidak perlu mencari sumber kewangan untuk bergerak ke serata dunia...dari mana dia mendapatkan semua kos pengangkutannya ke sana ke mari itu?...

Tidak lain adalah dari jutawan2 yang juga ahli Illuminati... jutawan2 ni telah diarahkan untuk membantu Herzl dari sumber kewangan sebagai jalan memudahkan kerja2 Herzl....jutawan2 ini juga berbangsa Yahudi atau dikenali sebagai financiers..... Siapakah financiers tersebut? nantikan...

AWAS PENGGUNA FACEBOOK!



Ia telah diasaskan oleh CIA. Mereka menggunakan fb sebagai alat untuk mengumpul maklumat, dengan adanya sistem fb ini, mereka dapat mengumpul maklumat terperinci dengan mudah sekali terutama melalui application relatives dan lain-lain. Jadi anda pengguna fb, pastikan anda tidak meletakkan maklumat yg betul. CIA adalah skuad kanan Illuminati.

Baiki Cara Solat, Khas utk Perempuan

Dari NORAH KADIR

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir:
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara:
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. .." ("laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalam.

LARANGAN MENCEMUH, MEMBUKA KEAIBAN DAN MENGGELAR ORANG LAIN DENGAN GELARAN YANG BURUK

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”.

HURAIAN

(a). Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak ( daripada kaum lelaki ) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain.

Janganlah beberapa orang dari kalangan orang mu’min mengolok-olokan orang mu’min yang lain. Selepas itu Allah s.w.t. menyebutkan setiap alasan mengapa perkara itu tidak boleh dilakukan menerusi firman-Nya:

(b) ( Kerana ) harus puak lelaki yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.

Ini kerana kadang-kadang orang yang diolok-olokan itu lebih baik di sisi Allah s.w.t. daripada orang yang mengolok-olokannya, seperti yang dinyatakan dalam sebuah athar. Barangkali orang yang berambut kusut penuh debu tidak punya sesuatu dengan tidak dipedulikan, sekiranya dia bersumpah dengan menyebut nama Allah s.w.t. dan Allah s.w.t pasti akan mengabulkannya.

Jadi sepatutnya, tidak ada seorang pun yang berani mengolok-olokan orang lain yang dia pandang hina kerana keadaannya yang compang-comping, atau kerana dia cacat pada tubuhnya atau kerana dia tidak lancar berbicara. Mungkin dia lebih ikhlas nuraninya dan lebih bersih nuraninya, lebih bersih hatinya daripada orang yang sifatnya tidak seperti itu. Jika melakukan demikian bererti dia menganiaya diri sendiri dengan menghina orang lain yang di hormatinya oleh Allah s.w.t.

(c) Dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka.

Janganlah kaum wanita mengolok-olokan kaum wanita yang lain kerana mungkin yang diolok-olokan itu lebih baik daripada wanita yang mengolok-olokan itu. Allah s.w.t menyebut perkataan jama’ pada dua tempat dalam ayat tersebut, kerana perbuatan mengolok-olokan itu dilakukan dikhalayak ramai dan ini menimbulkan keseronokan antara mereka untuk memperolok-olokan sehingga menyebabkan ada pihak yang sakit hati.

Al-Tirmidhiy pernah meriwayatkan daripada A’ishah r.a. yang berkata “Aku meniru gaya seorang lelaki di hadapan Nabi s.a.w. Lalu baginda pun bersabda,

“Sesungguhnya Allah tidak memandang rupamu dan hartamu, tetapi Dia memandang kepada hati dan amal perbuatanmu.”

Ini menunjukkan seseorang itu tidak boleh dipastikan berdasarkan pujian atau celaan oleh orang lain berdasarkan rupa, amal, ketaatan atau pelanggaran yang nampak padanya. Ini disebabkan mungkin seseorang itu mengetahui sifat yang tercela dalam hatinya sehingga amal itu tidak patut dilakukan. Mungkin juga orang yang kita lihat itu lalai atau mahu melakukan maksiat, tetapi ternyata Allah s.w.t. tetap mengetahui sifat terpuji menerusi hatinya sehingga dia menerima keampunan. Dengan itu bolehlah difahami bahawa amalan merupakan tanda-tanda zanniyyah, bukannya petunjuk yang pasti.


(d) Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain.

Janganlah sebahagian daripada kamu mencela sebahagian yang lain menerusi ucapan atau isyarat secara tersembunyi.

Firman Allah s.w.t. iaitu “Anfusakum” merupakan peringatan bahawa orang yang berakal tentu tidak akan mencela dirinya sendiri. Oleh sebab itu tidak sepatutnya dia mencela orang lain. Ini disebabkan orang lain itu pun seperti dirinya juga dan oleh itu, Nabi s.a.w. bersabda.

“Orang mu’min itu seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh itu menderita sakit, pasti seluruh tubuh akan sama-sama tidak dapat tidur dan demam”.

Kemudian Sabda Nabi s.a.w pula :

“Seorang daripada kamu melihat tahi mata pada saudaranya, sedangkan dia membiarkan batang pokok pada matanya sendiri.”

Ada pula orang mengatakan : “ Antara yang boleh membawa kebahagian kepada seseorang ialah apabila dia sibuk memikirkan keaiaban dirinya sendiri sehingga tidak sempat memikirkan keaiban orang lain.”

Seorang penyair turut bermadah :

Aib orang jangan didedah,
Nanti aibmu dibuka Allah,
Kebaikan orang perlu diheboh,
Mengaib orang jangan digopoh,

(e) Dan janganlah pula kamu panggil-,memanggil antara sama lain dengan gelaran yang buruk.

Janganlah kamu memanggil sebahagian yang lain dengan gelaran yang menyakiti dan tidak disukai. Umpamanya dengan menyebutkan lafaz seperti berikut kepada seorang muslim, “Wahai fasik! Wahai munafik! Ataupun berkata kepada orang yang menganut Islam, “Wahai Yahudi! Wahai Nasrani!”

Qatadah dan Ikrimah meriwayatkan daripada Abu Jubayrah Ibn al-Dahhak yang berkata : “ Ayat : wa la tanabazu bi’l-alqab turun mengenai Bani Salamah. Dalam hal ini, Rasullullah s.a.w tiba di Madinah sedangkan di kalangan kami mempunyai lebih daripada satu nama (gelaran). Apabila baginda memanggil salah seorang daripada mereka dengan nama yang mereka miliki pasti mereka menjawab, “Ya Rasullullah! Sebenarnya dia tidak menyukainya!” Kemudian turunlah ayat ini (Hadith riwayat al-Bukhariy).

Ibn Jarir telah mengeluarkan sebuah athar daripada Ibn ‘Abbas, bahawa yang dimaksudkan dengan al-Tanabazu bil-alqab ialah seorang lelaki yang telah melakukan amalan buruk, kemudian dia bertaubat dan kembali kepada kebenaran, maka Allah s.w.t. melarang orang itu dicela dengan perbuatannya yang telah lalu. Bagi gelaran yang mengandungi pujian dan penghormatan serta benar-benar ada, itu tidaklah dilarang. Umpamanya orang memanggil Abu Bakr r.a dengan ‘Atiq, ‘Umar r.a pula dengan nama al-Faruq, manakala ‘Uthman r.a. pula dengan Dhu’n-Nurayn, ‘Ali k.w. dengan panggilan Abu al-Turab, dan Khalid dengan Sayfu’llah.

Wallahu a’lam.

Rujukan :

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Qur’an
Ahmad Mustafa Al-Maraghiy, Tafsir al-Maraghiy Juzuk 25-26.
http://quran.al-islam.com/mal/

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wednesday, September 2, 2009

NILAI TUDUNG WANITA

Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal.

Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Tuesday, August 18, 2009

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA

Di sini, ada beberapa TIPS untuk saya dan semua, berkaitan dengan perkara sia-sia ( makruh ) yang tidak mendapat pahala ( tetapi tidak membatalkan puasa ) jika dilakukan ketika sedang berpuasa. Saya anggap semua sudah tahu tapi sebagai sunnah dan sunat, peringatan diberi ketika hampir menunaikan ibadah puasa ini. Antaranya:

1. Menggosok gigi ketika gelincir matahari ( jika termuntah, nescaya batallah puasanya. Sebab waktu itu, ( bersugi ) tidak dituntut dilakukan dan juga ia adalah bukan syarat wajib puasa )

2. Mendengar lagu / menonton TV berlebihan ( Lagho = sia-sia )

3. Memakai bau-bauan ( bahkan jika menggunakan pakaian yang masih melekat bauan sebelumnya, juga dikira makruh )

4. Tidur yang berlebihan ( tiada mujahadah berpuasa )

5. Tidak bersahur ( menyebabkan hilang pahala sunnah dan sunat )

6. Melambatkan berbuka

7. Tidak menjaga lisan ( mulut )

8. Bertengkar ( bagitahu mereka: saya sedang berpuasa )

9. Maki hamun / mengumpat / memfitnah ( khilafiah: setengah ulama kata, , batal puasa )

10.Banyak ketawa ( sepatutnya banyakkan zikir, mohon keampunan dan tilawatul Quran )

11.Berpelesiran ( sebab sukar nak mengawal mata di tempat awam )

12.Berbelanja besar ( boros, sedangkan bulan ramadhan adalah bulan berjimat )

13.Beristimta' ( bersedap sedapan ( berseronok ) dengan isteri - BUKAN JIMAK )

14.Mengecap ( merasa ) masakan

15.dan banyak lagi....

Wallahu taala 'a lam

KALAM HIKMAH

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I mam Umar bin Abdul